“Aku nak berubah, tapi aku tunggu datang seru..”
“Ala..rilek la, masih muda lagi. Tunggu tua nanti baru taubat..”
“Ala..enjoy-enjoy dulu.. lepas kahwin baru berubah..”
“Aku takde kekuatan la nak berubah..”
“Aku masih belum bersedia untuk berubah..”
“Iman aku masih lemah lagi..”
“Aku nak berubah..tapi takut nanti takde siapa nak kawan dengan aku..”
“Nak berubah? Skema la lu bro.. sekarang zaman moden la, apa barang nak jadi orang kampung..”
“Digi, masa untuk berubah.. woha!”
Biasa dengar irama ayat-ayat macam ni..?
Mungkin ramai yang di sekeliling kita nak berubah daripada yang buruk ke yang baik, dan yang baik nak ke lebih baik. Tapi macam-macam halangan setiap kali nak berubah atau berhijrah tu.
Aku akui, aku dulu pernah jugak terjebak lalu terbabas dalam dunia jahiliyyah. Macam mana ceritanya, tak perlu lah tahu.
Tapi Alhamdulillah, Allah tu maha Penyayang, Allah gerakkan sedikit hati aku untuk berubah. Ketika itu aku ada pilihan sama ada nak terus tetap berada dengan cara aku, atau terus berubah. Dan aku tekad untuk berubah sehinggalah jadi seperti aku hari ini.
Tapi sepanjang perjalanan tu, macam-macam perkara aku jumpa dan hadapi. Di pulau, di jauhkan, di kritik, di hina, di gelakkan, di “kampung”kan, dan macam-macam la. Tapi aku yakin, itulah ujian. Sebab Allah ada berfirman dalam Quran yang bermaksud,
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Surah Al-Ankabut : 2)
Dan sejak kebelakangan ni, aku nampak dengan kedua biji mata aku sendiri ramai sahabat-sahabat aku atau artis yang sebelum ni boleh dikatakan dalam lembah kejahilan, sekarang dah hebat dalam memberi tazkirah (peringatan) dan teguran.
Yang perempuannya,
sebelum ini “free hair”, dah bertudung,
yang pakai tudung biasa-biasa, dah pakai tudung labuh,
Yang pakai baju ketat-ketat macam sarung nangka, dah pakai baju longgar dan labuh,
Yang tak pakai stokin, dah rajin pakai stokin,
Yang sebelum ni kaki dating dengan pakwe (read : teman lelaki/boyfriend) hampir setiap hari, dah clash dan nak berkahwin dengan lelaki yang lebih baik,
Yang malas dengar cermah agama, mula rajin untuk pergi masjid, kuliah subuh, etc,
Dan macam-macam perubahan la yang aku nampak dengan mata aku sendiri.
Yang lelakinya pula,
Sebelum ini kaki mengurat awek, dah jadi kaki masjid,
Yang mulutnya sentiasa merokok sana sini, kini mulutnya sentiasa berzikir sana sini,
Yang dulunya suka mencarut, mengutuk dan memerli, kini suka bertanya hal agama, menasihat dan cakap elok-elok,
Yang selalu suka keluar malam, sekarang dah selalu suka bangun malam untuk tahajjud,
Yang sebelum ni suka solat kat bilik lepas tu solat lambat, sekarang suka solat kat masjid/surau dan solat awal waktu,
Dan macam-macam perubahan juga yang aku nampak.
Tapi..
Ada juga yang aku jumpa sebelum baik, sopan, rajin ke masjid/surau, bertudung dan macam-macam la, tetapi dah berubah ke arah yang buruk macam dah berani “free hair”, pakai seksi, sopan semua tu dah hilang ke mana tah. Oh! (istighfar..)
Sebelum ni, aku ada “interview” dua orang sahabat aku yang baru je berubah, seorang lelaki dan seorang lagi confirm perempuan (identiti mereka dirahsiakan).
Yang lelakinya kata,
Sebelum dia berubah, dia selalu keluar malam untuk melepak-lepak dan balik hampir pagi, merokok, hampir selalu main daun terup, lengahkan solat, dan macam-macam lagi la.
Tapi suatu hari tiba-tiba dia terdetik untuk berubah. Walaupun pada mulanya agak berat nak berubah, tapi kerana dia berfikir,
“kalau aku tak berubah hari ini, bila lagi nak berubah..?”
Sejak tu, dia terus berhenti rokok, rajin ke surau, tak keluar malam lagi dan lain-lain.
Yang perempuannya pula,
Sebelum dia berubah, dia ada pakwe dan banyak kali gak keluar dating, tudung pun biasa-biasa je, kadang-kadang pakai tudung lengan pendek, dan macam-macam lagi la.
Tapi hidayah Allah tu datang tanpa di sangka melalui jalan yang tak disangka juga,
Suatu hari dia clash dengan pakwenya waktu final exam untuk semester tu. Tapi sebelum tu, dia berkawan dengan kawan-kawan yang sopan, bertudung labuh dan berilmu. Lepas kejadian tragis tu, dia mula tekad untuk berubah dan nak jadi macam kawan-kawan dia, pakai tudung labuh, sopan.
Lebih kurang macam ni la cerita 2 orang daripada berpuluh-puluh sahabat aku yang dah berubah atau berhijrah.
Macam mana nak berubah..?
Ha, banyak kali juga aku dengar aduan dari sahabat-sahabat, junior atau orang sekeliling aku yang nak berubah, tapi tak tahu macam mana.
Disebabkan aku bukan ustaz mahupun penceramah motivasi, aku hanya mampu bagi cadangan berdasarkan pengalaman sendiri dan cerita sahabat-sahabat aku.
1) Jangan cakap “tunggu datang seru!”, sebab 5 kali sehari Allah menyeru kita melalui muazzin iaitu azan yang berkumandang di surau dan masjid sebelum kita diseru untuk masuk kubur menjadi mayat.
2) Tekad kan niat untuk berubah. Jangan cakap “ aku tak bersedia lagi..” atau sekutu dengannya, sebab ia akan buat syaitan melengahkan lagi masa kau untuk bertaubat. Ibarat kata sahabat aku,
“Kalau tak berubah hari ini, bila lagi..?”
Takkan dah jadi mayat baru nak bertaubat?
3) Jangan tunggu tua atau lepas kahwin, korang boleh jamin ke korang boleh hidup sampai hari esok?
4) Kalau dah tekad untuk berubah, pergi ambil wudu’ dan solat sunat taubat 2 rakaat. Lepas tu, istighfar sebanyak mana yang korang mampu, dan berdoa sampai menangis supaya Allah beri kekuatan untuk maintain atau istiqomah dalam perubahan korang.
5) Cuba korang fahami makna tujuan korang hidup di dunia ni. Aku rasa, korang semua tau sebab apa kita dijadikan di dunia ni, iaitu untuk jadi khalifah (rujuk surah al Baqarah 2:30), dan untuk beribadah kepada Allah (rujuk surah Ad-dzariyyat 51:56). Bila korang memahami apa tujuan korang diciptakan, insyaAllah Allah akan beri korang kebaikan iaitu seperti Rasulullah s.a.w. bersabda ;
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikkan padanya, Dia (Allah) memberi kefahaman dalam Ad-din”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
6) Cari kawan-kawan yang rajin ke masjid, yang boleh nasihat, yang warak, baik atau apa-apa yang satu geng dengannya. Then kawan-kawan yang lagho tu macam mana? Nasihat aku, jangan tinggalkan mereka. Kalau korang dah berubah dan yakin boleh maintain, maka bantulah mereka pula untuk berubah. Ingat, kawan ini memainkan peranan penting dalam perubahan kita. Kalau korang nak berubah, tapi masih kawan dengan yang masih tak sedar, nanti takut korang kena kutuk atau kritik, lepas tu korang pun tak jadi nak berubah.
7) Kalau lelaki, rajinkan pergi masjid, dengar ceramah atau tazkirah dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. Bergaul dengan kawan yang cintakan agama dan ummah.
8) Kalau perempuan, rajinkan untuk pergi cermah atau kuliah agama dan program yang boleh menaikkan iman dan menginsafkan diri korang. Cari kawan-kawan yang sama-sama nak berubah dan yang dah berubah, mungkin tak keterlaluan kalau aku kata cari kawan yang bertudung labuh. Kalau keterlaluan, korang nilailah sendiri.
9) Cari kumpulan yang berbincang tentang agama atau nama lainnya usrah, sebab usrah ini pendokong perubahan seseorang.
10) Jangan malu dengan perubahan yang korang buat, walaupun korang mungkin akan di cela atau di ejek oleh kawan lama korang. Benda biasa je tu kalau nak berubah, sebab orang yang di hina dan cerca kerana nak berubah untuk dekat kepada Allah, orang itulah yang akan di naikkan darjatnya di sisi Allah. Dengan erti kata lain, jangan risau, walaupun seluruh dunia tak nak bersama dengan korang, Allah pasti bersama korang.
11) Ini perkara yang pasti berlaku, iaitu korang pasti akan di uji. Macam mana bentuk ujian tu, Allah sahaja yang tau. Jangan tanya aku, setiap orang ujiannya berbeza-beza berdasarkan kadar kemampuan seseorang tu. Maka, nasihat aku, bersedialah dengan ujian tersebut, sebab ia nak naikkan iman korang. Macam peperiksaan la.
12) Yang terakhir sekali, korang kena faham bahawa Islam bukan sahaja mahu melahirkan muslim yang SOLEH (baik), tetapi jugak muslim yang MUSLEH(mengajak kebaikkan).
(surah al hujurat)
(surah ali Imran)
suara sumbang , “Kenapa nak ajak orang kepada kebaikan pulak?”
Korang nak masuk syurga sorang-sorang je ke?
Ada banyak lagi cara untuk berubah, korang boleh rujuk ustaz atau ustazah yang ada di sekeliling korang. Mereka semua boleh bantu korang insyaAllah, tetapi semuanya bermula dari 1 perkara, iaitu
KEMAHUAN, BUKAN PENGETAHUAN.
Semua orang tahu yang syurga hanyalah untuk orang yang baik dan neraka untuk mereka yang sebaliknya, tetapi tidak semua mahu membuat tindakan untuk berubah.
Aku nak petik sebuah kata-kata dari ibnu ‘Athaillah dalam kitab al-Hikam,
"Apabila Tuhan membukakan bagi kamu satu jalan untuk ma'rifat (mengenal pada-Nya), makajangan menghiraukan soal amal kamu yang masih sedikit, sebab Tuhan tidak akan membukakan bagi kamu, melainkan DIA akan memperkenalkan diri kepada kamu. Tidakkah engkau mengeti bahawa ma'rifat itu semata-mata pemberian kurnia Allah kepada kamu, sedang amal perbuatan kamu hadiah daripada kamu. Maka di manakah letak perbandingannya anara hadiah kamu dengan pemberian kurniaan Allah kepada kamu?"
Ibnu 'Ataillah fi syarah al-hikam al-'ataiyyah, m/s. 118.
Last but not least, maut akan datang bila-bila masa je, dengan erti kata lain, setiap langkahan kaki korang adalah LANGKAHAN MAUT. Anda tak mampu mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
awak yang cute mute tu , tekan sini untuk komen :)