-->

Pages

  • Home
  • ♥owner♥
silent readers ^^,

welcoming note

assalamualaikum friends . hye ! now you are in my pages . tengs coz visit . enjoy yourself here and have fun okayy ! =)

♥ pengikut _ setia ♥

♥ visitor tersayang ♥

Web Site Visitor Counters
payday loans 1 hour

hey you ! this is NUR ELLYANIE OFFICIAL BLOGGER :')
"...ALLAH ADALAH KEKUATAN... NAK CARI KEKUATAN , CARILAH ALLAH..."

Wednesday, March 30, 2016

Setiap tahun, bila kita baca statistik ataupun kita tengok sekeliling kita pun, kita akan dapati bahawa MASALAH SOSIAL semakin tahun semakin MENINGKAT.
Benda ni tak perlu pembuktian dengan kertas kerja, kajian lapangan, pembentangan bagai. Saya rasa hampir semua orang setuju bahawa masalah sosial kat Malaysia makin tahun makin MENINGKAT. Sebab bila kita tengok persekitaran kita, memang sangat kritikal.
Tak payah pergi jauh2, saya duduk di Bangi dulu, sebuah bandar ilmu yang penuh dengan pengajian ilmu, ramai orang yang soleh solehah, tetap juga banyak masalah sosial.
Masalah sosial seperti berzina, buang anak, ganja, dadah, arak, hiburan yang langgar syarak yang semakin menggila, seks bebas, dan macam2 lagi. Saya yakin, walaupun ada yang menafikan, tetapi jauh di sudut hati korang, korang tetap takkan dapat tipu diri sendiri bahawa korang juga merasakan apa yang saya rasa.
Iaitu masalah sosial sedang yang meningkat.
--------
Tetapi DALAM MASA YANG SAMA, Malaysia juga melahirkan ramai ustaz dan ustazah ataupun at least pelajar yang mempunyai aliran pengajian Islam SETIAP TAHUN.
Termasuk pelajar yang ambil aliran pengajian Islam ni seperti Pengajian Syariah Islamiyah (PSI), Quran Sunnah (QS), Bahasa Arab Tinggi, dan sebagainya. Bermula dengan,
Kelas Aliran Agama (KAA),
Sekolah Menengah Agama (SMA),
Kolej Islam,
SBPI,
MRSM Ulul Albab,
Maahad Tahfiz,
Pengajian Pondok,
Madrasah,

Dan sebagainya. Kemudian belum masuk lepasan IPTA atau IPTS yang ada course pengajian Islam lagi seperti UKM, UM, UNISZA, USIM, KIPSAS, KUIS, KUISAS, MEDIU, dan segala bagai.
Itu belum lagi yang di LUAR NEGARA seperti Indonesia, Pattani, Mesir, Jordan, Maghribi, Morocco, South Africa, UK, dan segala bagai lagi.
Itu belum lagi campur budak Johor yang ada sekolah petang (sekolah agama) dan juga yang ambil darjah Khas. Siap dapat pangkat 1 lagi. Atau paling kurang pun, dapat SAA (Standard abang-abang. Hehe).
Apatah lagi kalau kita campur yang pergi kelas-kelas talaqqi, pergi kelas pengajian kat masjid dan surau, dan sebagainya.
Kalau kita campur tolak darab bahagi square root cos sin tan integrate differentiate bagai, jika kita buang anggaran secara kasar, Malaysia telah melahirkan sekitar 20,000 pelajar yang pernah ambil aliran pengajian Islam, sama ada di sekolah menengah, sijil, diploma, degree, master, PhD atau yang tiada sijil sekalipun seperti pondok, kelas talaqqi, dan sebagainya.
Sekitar 20,000 pelajar yang ambil pengajian Islam. Yang mana kita boleh kata mereka ini MENDALAMI Islam secara mendalam.
Sebab tak semua ambil PSI, QS dan sebagainya. Banyak belajar basic je di subjek Pendidikan Islam tu.
20,000 pelajar pengajian Islam. Kalau ustaz-ustazah, kita boleh pukul rata dalam sekitar 10,000 asatizah.
20,000 dan 10,000. Satu jumlah yang SANGAT RAMAI.
------------
Tetapi PERSOALANNYA di sini, ke mana HILANGNYA 20,000 lepasan pengajian Islam ini?
Mana hilang?
Mana pergi?
Mana bersembunyi?

Ke dah "malu" nak mengaku pernah ambil aliran pengajian Islam? Atau "malu" nak mengaku bekas lepasan sekolah agama?
--------------
Tak kisahlah malu atau tak, persoalannya apa yang KORANG DAH BUAT untuk perbaiki masalah SOSIAL yang semakin dahsyat saban tahun demi tahun? Sampai tahap jumlah pelajar aliran agama meningkat SERENTAK dengan kehancuran sosial masyarakat.
Apa yang kita dah buat sebenarnya?
Apa yang korang dah buat sebenarnya?
Korang tak takut ke kena SOAL ilmu yang korang belajar tapi langsung TAK AMAL?

Saya yakin korang belajar, bahawa setiap Muslim itu WAJIB buat ama'r makruf nahi mungkar which is kita panggil sebagai DAKWAH TARBIAH.
Saya yakin, korang semua LEBIH TAHU dari saya. Cuma saya nak timbulkan KERISAUAN dalam diri korang, jauh di sudut hati korang,
TAK TAKUT KE kena soal dengan Allah nanti?
-------------
Saya lepasan sekolah harian biasa, pelajar kolej matrikulasi, lepasan universiti bidang sains. Saya tak pernah ambil PSI, QS, dan sebagainya.
Tapi syukur saya ikut sistem tarbiah dan saya ikut usrah. Dari sini, saya belajar kepentingan ilmu. Dan saya mula talaqqi, pergi belajar pondok sekejap, dan lain2.
Tapi BAYANGKAN kalau saya tak dapat tarbiah, tak dapat usrah. Saya juga HANYUT dengan masalah sosial.
Saya minum arak,
berjudi,
rasuah,
kaki perempuan,
merempit,
kaki dadah,

dan sebagainya. Kalau di akhirat nanti saya nak DAKWA korang yang korang TAK DAKWAH saya kembali ke jalan Islam yang betul, agak-agak boleh tak?
Saya tetap kena azab atas dosa saya kalau saya buat dosa tu. TETAPI..
Saya juga ada HAK untuk mendakwa orang yang TAK NAK DAKWAH pada saya.
Persoalannya, SANGGUPKAH KORANG?
Itu belum lagi kita cerita yang NON MUSLIM tak faham Islam, tak kenal Islam dan sebagainya. Ini kita cerita dakwah sesama Muslim dulu.
Sanggupkah korang?
-------------
Risau?
Masih tak risau?

.
Takpe. Sebab nanti masing2 yang kena jawab depan Allah kan.

Saya cuma saja je nak timbulkan persoalan dalam diri masing-masing sebelum tidur ni. So sebelum tidur ni, cuba TANYA PADA DIRI SENDIRI,
"Apa aku dah buat untuk AMALKAN ilmu yang aku dah belajar?"
"Apa yang aku dah buat untuk LAKSANAKAN DAKWAH?"

"Apa aku dah buat selama ini?"
.
Maka sebelum tidur, IMPIKANLAH untuk buat dakwah pada hari esok. Moga Allah bagi lagi peluang untuk kita hidup lagi pada hari esok.

Amin. Ya Allah, JANGANLAH kau matikan kami dalam keadaan kami belum buat dakwah tarbiah lagi.
Moga Allah ampunkan kita semua.
Moga Allah ampunkan kita semua.

Sebab kita tinggalkan kerja dakwah tarbiah.
yang sebenarnya dakwah ini WAJIB di atas setiap individu Muslim.

--------
"Impikanlah..."
"Aku mengimpikan PEMUDA seperti Abu Ubaidah al-Jarrah, Mu’adz bin Jabbal, dan Salim hamba Huzaifah,
lalu aku meminta pertolongan dari mereka untuk meninggikan kalimah Allah."
- Umar al Khattab -
-------------
"Knowing is not enough, we must APPLY !"
"Willing is not enough, we must DO !"

- Bruce Lee -
Tarbiah Sentap's photo.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
USAH PENDAM DENDAM AGAR HATI LEBIH BAHAGIA.
Percayalah Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasih!
"Pijaklah kepalaku ini wahai Bilal! Demi Allah, ku pohon kau pijaklah!"
Abu Dzar Al-Ghiffari meletakkan kepalanya di tanah yang berdebu. Dilumurkan pasir ke wajahnya dan dia menunggu dengan penuh harap agar terompah Bilal bin Rabah segera mendarat di pelipisnya.
"Ku mohon Bilal saudaraku... Pijaklah wajahku. Demi Allah aku berharap dengannya Allah akan mengampuniku dan menghapuskan sifat jahiliah dari jiwaku!"
Abu Dzar merintih dalam tangisannya.
Hatinya bercampur aduk. Menyesal, sedih, takut, marah pada diri sendiri. Dia berasa begitu lemah berhadapan dengan hawa nafsunya. Penyesalannya begitu kuat kerana mengherdik Bilal 'Anak budak hitam' apabila dirasakan Bilal gagal menggalas amanah yang diberikan.
"Ku mohon pijaklah kepalaku!"
Sayang, Bilal terus menggeleng dengan mata berkaca-kaca. Dibangunkan Abu Dzar lantas beliau memeluknya dengan esak tangisan.
Tiada sekelumit dendam pun di hati Bilal bin Rabah. Abu Dzar sahabatnya. Untuk apa dia terus menyimpan dendam kepada Abu Dzar lantaran keterlanjuran Abu Dzar mengherdiknya?
Dendam, sama macam percikan api yang menyambar sehelai daun di sebatang pokok. Makin lama makin merebak hingga akhirnya hangus satu belantara!
Kesannya, hilanglah tempat berteduh unggas di hutan, hilanglah keharmonian yang pernah terbina.
Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu!
"Nah pisau, tikam aku! Moga lepas kau tikam aku, dendam kau kat aku terhapus, moga kau lebih bahagia!"
Persoalannya, sejauh mana dendam akan terhapus? Sejauh mana bahagia dapat dikecapi?
Kerana akhirnya yang ketawa hanyalah syaitan.
"Yes! Berjaya pun aku pecah belahkan anak-anak Adam! Hahahaha!"
Instead of kita menangkan syaitan dengan musnahnya ukhwah yang pernah terjalin, lebih baik hancurkan gelak tawa syaitan dengan maaf dan berlapang dada!
Ya, susah memang susah. Lebih-lebih lagi pernah terasa hati, tercalar maruah, rasa terhina, ditikam belakang dan sebagainya.
Maaf bukanlah bermakna berlepas tangan.
"Kau dah rompak rumah aku, takpe aku maafkan!"
Bukan begitu sahabat, bukan!
Tapi ambillah tanggungjawab untuk mengubah kemungkaran yang pernah mereka lakukan! Samada dengan nasihat, tindakan undang-undang, bimbingan dan sebagainya.
Hingga akhirnya, kemungkaran yang pernah berlaku lenyap selama-lamanya bersama lenyapnya gelak tawa syaitan.
Kemaafan itu indah dan Allah sukakan keindahan! Rebutlah kebahagiaan yang didasari rasa keimanan kepada Allah dengan menghapuskan dendam dalam jiwa.
Moga derap kaki kita terdengar di syurga laksana Bilal bin Rabah yang jiwanya penuh dengan sifat pemaaf.
Sungguh, Allah Maha Pengasih dan Maha Menerima Taubat!
Tarbiah Sentap's photo.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kau atau aku yang tak faham...??

"Kau tak faham. Aku bukan tak nak berubah, tapi aku dah ketagih. Kau ingat, senang ke nak tinggalkan benda yang kita dah ketagih? Kau tak pernah kena senangla cakap!!"
"Kau tu, lahir dalam keadaan suci. Mak ayah kau masukkan kau dalam sekolah agama. Boleh la kencang. Aku ni, duduk dalam keluarga porak peranda. Kalau kau hidup macam aku, tah-tah kau jadi lagi teruk dari aku..."
***
Kawan..
Sebenarnya, boleh jadi, orang yang selalu tegur kita tu, bukanlah sebab mereka ni suci atau tak pernah hidup bergelumang dalam dosa.
Tak semestinya.
Boleh jadi, mereka tegur kita tu, sebab mereka dah pernah hidup dalam kekotoran, dan mereka dah rasa betapa peritnya hidup dalam dosa dan maksiat.
Dan, kenapa mereka bersungguh-sungguh tegur kita, kerana mereka selamatkan kita. Mereka tak nak kita rasa benda yang mereka dah rasa dulu. Mereka tak nak kita ni terseksa dengan dosa seperti mana mereka pernah lalui di zaman silam mereka.
Kita selalu tuduh mereka "tak faham" kita. Kita jadikan itu sebagai alasan untuk kita tak nak terima teguran.
Kita kata:
"Kau sekolah agama boleh la..."
"Mak ayah kau ustaz ustazah. Boleh la..."
Tapi, kita lupa satu benda.
Hari ini, siapa mak ayah. sekolah agama atau bukan, ia bukanlah penentu seseorang tu baik atau jahat.
Saya sendiri dah jumpa ramai pelajar sekolah agama, tahfiz yang berzina. Saya juga pernah jumpa banyak kali orang yang lahir dari keluarga yang cerai berai, tapi akhirnya dia jadi orang yang sangat baik dan menjaga agama.
Akhirnya, perubahan itu bergantung pada diri sendiri!
Kita tak tahu. Kadang, orang yang kita nampak dia baik dan soleh sekarang, kita tak tahu, apa ujian yang mereka hadapi. Betapa susah dan besarnya pengorbanan yang mereka lakukan untuk akhirnya mereka jadi orang yang baik seperti yang kita kenal.
Kita tak nampak jatuh bangun mereka. Kita tak nampak berapa banyak kali mereka menangis mengalirkan air mata taubat. Kita tak nampak betapa susahnya mereka berkorban menahan diri dari maksiat, di kala orang sekelilingnya menganggap ianya normal.
Kita tak nampak bagaimana mereka di kutuk, di caci, di pulau ketika mereka nak berubah.
Apa yang kita nampak??
Yang kita nampak hanyalah sekarang dia baik, dan dia selalu tegur kita.
Kemudian kita terus menerus tuduh mereka:
"Kau tak faham aku!!"
"Kau suci boleh la!!"
"Kau hipokrit. Tak payah bajet alim! Kau tu bukan baik sangat!!"
Tapi, adakah mereka membalas segala maki hamun dan tuduhan yang kita sering lemparkan?
Tidak.
Mereka sabar.
Bahkan, mereka berdoa untuk kita di malam hari, agar Allah beri kita hidayah. Agar Allah beri kita petunjuk dan buka hati kita.
Mereka tegur kita, bukan kerana nama. Andaikata kerana nama, nescaya mereka akan putus-asa bila nama mereka di buruk-burukkan dan di fitnah serta di tohmah.
Mereka tegur, hanya semata-mata untuk tak nak kita terjatuh ke dalam lubang yang mereka pernah terjatuh di zaman silam mereka.
Mereka nak selamatkan kita.
Bukan kerena mereka memandang rendah kita, membenci kita, atau yang sebagainya.
Ingatlah wahai teman.
Di akhirat nanti, kita akan menangis dan menyalahkan semua orang yang tak tegur kita.
"Kenapa kau tak tegur aku kat dunia dulu??!! Kenapa kau biarkan aku buat dosa?!!"
"Aku dah tegur kau. Tapi kau tak ikut..."
"Kenapa kau tak paksa aku?!! Kenapa kau tak marah aku!! Kenapa kau putus-asa dari aku!!"
Di saat itu, kita akan menyalahkan orang yang tidak menegur kita.
Tetapi, di dunia...
Kita sering menyalahkan orang yang menegur kita..
"Kau siapa nak tegur aku?"
"Takyah menggelabahla.. Kau tu sembang je lebat. Perangai macam haram..."
"Kau blah la!!!"
Muhasabahlah wahai teman..
Hargailah setiap orang yang menegur kita. Hargailah mereka.
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Kenapa Meminta Maaf ?

(mungkin ini nota terakhir aku dalam blog aku..jumpa lagi lepas ni kalau aku dan kamu masih belum di bawa oleh kereta mayat..)

Hari-hari peperiksaan akhir semester dah nak muncul. Maka ramai yang bertungkus lumus siapkan assignment, dan study berhabis habisan sampai ada yang bermalam di perpustakaan, surau dan kat rumah sendiri. Woha!

Maka ketika ni, ramailah yang hantar mesej-mesej ucapkan “good luck”, “bittaufiq wannajah” dan lain-lain. Ketika ini juga, ramailah yang meminta maaf satu sama lain, agar mereka dapat jawab exam dengan tenang dan damai ( dalam hati : masa exam middle semester hari tu tak nak minta maaf).


Kerana dalam hidup ni, tiada siapa yang tak pernah buat dosa kecuali Nabi yang maksum. Aku? Sudah pastinya lagi banyak dosa melimpah ruah. Andainya malaikat tu makhluk yang ada sifat penat, mesti malaikat yang mencatit dosa dah penat sangat-sangat tulis dosa aku. Isk isk isk.. oh!


Oleh itu, dah jadi kewajipan bagi setiap orang untuk bertaubat kepada Allah dan meminta maaf kepada manusia. Sebab....


(aku termenung di tingkap sambil pandang ke langit lalu bermonolog pada diri sendiri..)



Pada setiap dosa manusia, Allah dah sediakan keampunannya sebaik saja manusia meminta keampunannya..

Tapi, kerana maut lalu menjadi mayat tu datang tiba-tiba, maka nak tak nak, kena lah bertaubat setiap hari.. (istigfar..)

Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana sebaik sahaja manusia bertaubat, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, mintalah sebelum bergelar mayat, maka insyaAllah keampunan menjadi milik manusia. Amin..

Manusia mana yang sudah menyediakan kemaafan yang besar kepada mana-mana manusia yang menyakitinya? Hatta kepada haiwan yang mungkin menyakitinya? Sampaikan selepas manusia di sakiti manusia, setelah manusia itu meminta maaf kepada manusia yang disakitinya, yang disakiti itu tidak dapat memberi sebarang maaf.

Lantas dari lidah manusia yang di sakiti itu, terungkaplah kata-kata keramat ;

“Huh! Tiada maaf lagi bagimu! Pergi jahanam”

“ Kurang hajar kau! Pergi mampos la!!”

“ Bengong punya binatang, berani kau!”

Isk isk isk.. Janganlah macam tu..

Mari aku cerita satu kisah masa Nabi Muhammad s.a.w melihat mayat bapa saudaranya Hamzah r.a dilapah orang kafir, pada mulanya Nabi nak balas tetapi Allah tegur kerana memaafkan itu lebih baik...

Lalu Nabi memaafkan mereka berserta doa untuk mereka sekali..

Lalu di dalam takdir Allah, berimanlah pembunuh dan pelapah bapa saudara Nabi, iaitu Washi dan Hindun..

Dari sini (mungkin), timbullah kata-kata azimat, “Sedangkan Nabi maafkan ummmat”

Sedangkan Nabi itu maksum, tetapi Nabi masih mengharapkan kebaikan dari Allah.

Maka itulah, di suruh kita maafkan kesalahan orang lain, bukanlah kerana kita maksum, tetapi kita banyak sangat buat dosa (lagi-lagi aku), dan sebagai pendosa tentu sekali mengharapkan sangat-sangat kebaikan dari Allah.


Oleh itu, maafkan lah aku..


Ketahuilah bahawa Allah Yang Maha Pengampun, dah menyediakan keampunan di setiap dosa manusia yang mana jika manusia itu bersabar dan redha, maka keampunan itu akan menjadi milik manusia. Meskipun manusia itu datang dengan dosa yang sepenuh bumi dan langit.

Sesungguhnya Allah Yang Maha Pengasih dah menyediakan keampunan yang lebih besar dari mana-mana dosa manusia, dimana sebalik keampunan Allah, datang sekali bersama insyaAllah ganjaran yang besar dan darjat yang tinggi, serta syurga idaman yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang tak akan di fikirkan oleh manusia.

Pendosa, ahli maksiat, tukang puja kubur orang, tukang tarik nombor ekor, bomoh, penyembah berhala telah menghina Allah sepanjang hidup, syirik sejak kecil..

Tapi sebelum maut datang ia sempat menyerah diri dan bertaubat,

Maka Allah akan ampunkan dosa mereka walaupun mereka pernah menduakan Allah..

Dosa syirik masih lagi terampun sebelum kita bergelar jadi mayat.  Sungguh Allah itu Maha pengasih lagi Maha Penyayang..

Kalau dah jadi mayat, maka menyesal lah kau, dan kau akan di campak ke neraka lalu kekal lah kau di dalamnya..


Kerana apa??


Kerana Allah tetap akan tunaikan janjiNya dan tiada siapa yang lagi tetap dan berkuasa atas janjinya selain Allah.

Dan sekali lagi..

Allah juga berjanji untuk menutup aib mereka yang menutup aib orang lain,

Dan Allah berjanji untuk mengampunkan dosa mereka yang memaafkan kesalahan orang lain..


Maka dari itu, maafkan lah duhai sahabat, duhai teman, duhai makhluk Allah, duhai sesiapa..


Maafkanlah sepenuh hatimu..


Kerana sesungguhnya aku bukanlah seorang Nabi yang maksum..

Juga bukanlah seorang yang sempurna tanpa kesalahan..

Maafkan lah........



Sekian..


credit to : biskotmayat.blogspot.my
No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

kenapa kita di uji ... ?



Pertama : ujian dari Allah
Kedua : ujian dari manusia walau hakikatnya datang dari Allah (exam final semester)


Kenapa kita di uji? Atau dalam bahasa skemanya, ada exam?

Kalau tak di uji, tak boleh ke?


Ok, sebelum masuk point pertama tu, aku suka masuk point kedua dulu sebab ia berlaku kepada semua yang bergelar pelajar. Tak kisahlah dia pelajar peringkat apa sekalipun. Hatta doktor falsafah (PhD) sekalipun ada exam.


Kenapa kita ada exam?


Jawapannya mudah je, untuk menguji sejauh mana keintelektualan kita. Atau dalam bahasa mudah, nak lihat kita faham atau tidak apa yang kita belajar.


Tetapi kena faham lagi satu konsep bahawa ilmu bukan terletak pada pointer atau keputusan exam, sebab ada yang masa exam hentam je, tetapi dapat A. Ada juga yang study separuh nyawa, tapi dapat C jugak.


Kenapa?


Sebab itulah kelemahan penilaian manusia. Kita sukar untuk menilai orang dengan tepat, tetapi hanya mampu menilai sekadar andaian atau hypothesis je.


Dan selepas dapat keputusan exam, sesiapa yang cemerlang akan dapat pergi ke peringkat yang seterusnya, sama ada masuk SBP (sekolah berasrama penuh) ke, atau matrikulasi ke, asasi ke, universiti ke dan lain-lain.

Kalau gagal?

Sama ada kita berhenti belajar, atau sambung belajar. Kita ada dua pilihan. Kalau berhenti belajar, mungkin boleh bekerja. Tetapi kalau malas bekerja? Jadilah penanam anggur yang setia di rumah.

Kalau sambung belajar, mungkin kita terpaksa ulang balik pengajian, atau sambung belajar di tempat lain dalam bidang yang lain.

Dengan erti kata lain, kita ada exam untuk  membezakan antara orang yang pandai/bijak/genius/cerdik/etc  dan kurang pandai (atau bahasa kasar bodoh/malas/etc)

Ha, point kedua ini secara tidak langsung akan berkaitan dengan point pertama, iaitu kenapa Allah uji kita.

Kenapa Allah uji kita?

Allah sendiri dah jawab di dalam al Quran,
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
 .Terjemahannya :

Adakah manusia menyangka, bahawa mereka akan dibiarkan, dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang  yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta.

(Surah al ankabut : 2 & 3)


Kita boleh bahagikan sebab ujian Allah kepada 3 bahagian,


1) Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.

2) Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.

3) Allah menguji sebab nak hukum kita kerana dosa kita.


Jadi, apabila Allah menguji, manusia hanya ada dua pilihan ;


Sabar dan redha atau sebaliknya.


Jika kita sabar dan redha, maka Allah akan naikkan darjat kita di sisi-Nya. Darjat ini tidak nampak di mata, tetapi kesannya boleh lihat dengan mata.

Contohnya,

Jika orang tu sabar dan redha, korang akan lihat orang ini dia akan cool dan boleh uruskan masalah yang di alami dengan tenang dan tersusun. Muka dia pun akan sentiasa senyum je.


Macam mana nak sabar atau redha?

Aku ada tulis di sini


Tetapi kalau sebaliknya?


Kita juga ada dua pilihan jika terbuat yang sebaliknya (tak sabar dan lain-lain). Kalau terus tak sabar dan tak redha, maka korang sendiri akan nampak dia serba tak kena, cakap pun mencarut-carut je. Kemudian salahkan ramai orang. Lagi bahaya dia salahkan takdir.


Tetapi jika mula-mula dia tidak sabar, tetapi selepas beberapa ketika dia muhasabah diri semula, maka dia akan kembali ke pangkal jalan untuk mengurus ujian yang di hadapi dengan tersusun.


Dengan erti kata lain, Allah uji kita untuk membezakan antara orang yang betul-betul beriman dengan mulut, hati dan amal (termasuk orang yang sabar) dengan orang yang pandai cakap tentang beriman sahaja.


Bagaimana Allah uji kita?


Macam-macam cara Allah uji, bukan satu cara je. Boleh jadi Allah uji kita dengan penyakit, atau di tarik nikmat, atau dapat macam-macam masalah, atau kehilangan keluarga dan lain-lain.

Boleh jadi juga Allah uji kita dengan kekayaan, kesenangan, harta, pangkat, kecemerlangan exam, dan lain-lain.

Allah menguji kita melalui jalan yang tak di sangka-sangka.

Sama macam exam, kalau kita dah tahu soalan exam, itu bukan exam.


Jika di uji, apa yang kita kena buat?


Mahu atau tidak, kita kena kembali pada Allah. Banyakkan berdoa. Dekatkan diri pada Allah.


Ingat, jangan berdoa agar Allah menghilangkan ujian tu dari diri kita, tetapi berdoa agar Allah beri KEKUATAN untuk hadapi ujian tu. Allah tidak akan menguji apa yang kita tak mampu. Dan dalam masa yang sama, kita kena berusaha juga untuk selesaikan masalah yang di hadapi.

Itu beza orang Islam dengan bukan Islam,


Iaitu kita ada konsep “USAHA” dan “TAWAKAL”, manakala mereka hanya “USAHA” sahaja.

Kemudian, carilah sahabat-sahabat yang sama-sama menangis untuk bantu korang. Itulah antara fungsi sahabat, dan itulah sebabnya ukhuwwah Islamiyyah sangat di tekankan dalam Islam. Kita takkan bersendirian jika ada masalah, dan takkan forever alone kalau ada sahabat.


Dan last, selepas berjaya satu ujian maka bersedia untuk ujian yang seterusnya. Semakin sayang Allah kepada hamba-Nya, semakin banyak dan kuat ujian yang Allah berikan. Tetapi takutlah kalau hidup kita tak pernah di uji atau lama tak di uji oleh Allah.



Sebab apa?




Kemungkinan Allah murka dan sedang jauh dengan kita.


Naudzubillah.

No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SYUKRAN being here . fi hifzillah . illaliqa' ♥ ;)
[close]



♫ love this song ♫