hari ini , pagi ni tetiba jari rasa rajin nak menaip . tetiba fefeeling nak jadi writers . hehe . so , what will i wrote down ?? tunggguuuu~
------
dah baca tajuk . so tetiba rasa nak bagi sikit motivation words pada semua and tak terkecuali noted to myself . **ajet2 motivator la pulakk** . hahaha . ada saya kesah ? okayy okayy . gurau jee .
------
ramai yang cakap , nak move to one step closer to susah . nak bangun pagi susah . nak buat itu ini semua susah . tak tahu la apa yang senang untuk diri dia . wallahualam . papepun , one thing korang kena ingat , BEGINNING IS ALWAYS THE HARDEST ! untuk mula buat benda yang korang tak biasa , memang payah . tipu kalau ada orang cakap dia boleh adapt dalam masa seminit . MUSTAHIL! so , nak bagi tips sikit nie . nak tahu ?? hehehe
-----
untuk memudahkan yang susah , korang perlu
1) NIAT
-NIAT . niat ni kira tunjang utama . akar umbi . ape ape pun yang kita nak buat semuanya bermula dengan niat . jika elok niat kita maka elok lah hasilnya . jadi , please setting niat elok-elok . niat nak belajar buat something yang pada korang tu susah sungguh-sungguh . inshaallah ALLAH akan permudahkan semuanya . ( eg : bangun pagi untuk solat subuh )
2) SETTING MINDSET
-MINDSET . set minda , setkan yang AKU BOLEH ! set yang benda tu senang je . if korang dah set benda tu susah to be done , memang selamanya la akan susah and korang rasa susah . So , from now come on , to start , to try something new , set otak awal awal yang benda tu senang je . saya ulang . SETKAN YANG BENDA TU SENANG JE . boleh kan ??
3) TAKE YOUR TIME / REDHAKAN HATI
-ambil la masa . kutip masa-masa yang ada untuk belajar buat something yang korang rasa susah nak buat tu . dan tolong ikhlaskan hati untuk buat benda tu . saya ulang . SILA IKHLASKAN HATI ! sebab tu akan lebih memudahkan korang untuk terima . serius talk!
4) PRACTICE MAKES PERFECT
-dah settle 3 step tu , sila praktikkan , saya ulang , SILA PRAKTIKKAN ! sebab apa ? sebabnya , buang masa , buang tenaga kalau korang dah penat penat try tapi korang tak apply dalam kehidupan korang . dah tahu cara nak buat , tapi taknak sempurnakan dengan ilmu yang korang ada . contohnya , dah belajar ilmu untuk jadi cashier , mula mula je yek2 semangat belajar , semangat nak tahu buat itu ini . bila dah tahu nak buat , buat sambil lewa pulakk , kan dah tak perfect keje korang . ibarat korang mandi tapi tak pakai sabun , rasa lain kan ?? macam tulah rasanya bila mana macam kita solat subuh tapi tak baca doa qunut , kan lain rasanya . allah .
-----
okayy . okayy . mata pun dah mula layu . jari pun dah meraung minta berhenti menaip . so , sampai sini sahajalah entri untuk kali ni , last but not least , maaf antum semua jika perkongsian ini rasanya sangat kerdil , sangat tidak membantu . saya bukan pakar motivasi , bukan juga seorang yang arif dalam penulisan . jika ada terkurang or terlebih dalam penulisan ini , harap dimaafkan , semoga sedikit perkongsian ini dapat beri sedikit dua manfaat yang boleh kita sama sama cuba , selebihnya kita serah pada allah untuk permudahkan dan lancarkan semuanya , yang pasti kita dah usaha .
"...tiada kejayaan yang datang bergolek tanpa usaha ...."
No comments:
Post a Comment
awak yang cute mute tu , tekan sini untuk komen :)