assalamualaikum warag blogger semua. firstly maaflah lama tak update blog ni sampai penuh bersawang dah. hihi okay itu semua auta. hehehe. okayy arini terasa agak rajin sikit nak menaip sebab dah mereput tepu sangat duduk dalam bilik hostel nie hah. lost activity so mula lah idea nak membebel kejap dekat uolls. hehehehe. so harap sudi la ye nak membaca bebelan saya.
------
saya selalu mengeluh dengan apa yang saya buat sekarang. saya selalu mengeluh yang kadang-kadang saya tersilap langkah ambil kos yang saya sedang belajar sekarang. saya selalu mengeluh penat dengan segala assignment yang saya kena buat. yaa. jaranglah saya tak mengeluh. dan , dalam keluhan tu , saya lupa satu benda ,
BERSYUKUR.
ramai orang boleh je cakap dia bersyukur dengan apa yang ALLAH dah kurniakan untuk dia. contohnya nikmat rezeki dapat berada di tahap yang sekarang ni. contohnya saya sendiri. saya terlupa yang ramai lagi orang yang tak bernasib baik macam saya untuk berada di tahap nie. mereka meronta-ronta dan cuba sehabis daya untuk masuk universiti , sedangkan saya yang dah dapat peluang nie pula , sedang mensiakannya.
-----
kita selalu terlupa yang mak ayah kita sangat bersusah payah untuk tengok kita berjaya , untuk berada di tahap nie. even kadang mereka sendiri kesempitan duit , tapi percayalah bila kita call je cakap kita dah takde duit nak survive kat universiti , apa yang diaorang kata adalah ,
''okay dik..nanti ayah usahakan..nanti ayah bankin dekat adik..''.
dia tak tunjuk susah dia. dia tak tunjuk keluh resah dia. tapi kita ? baru belajar susah sikit dah mengeluh. tapi dia ? kerja siang malam untuk membesarkan kita dan tengok kita berjaya , ada dia mengeluh?? itukah balasan yang setimpal yang kita bagi untuk susah payah mereka ? adilakh untuk mereka ?
----
sahabat ,
bila dah diberi peluang untuk berjaya , maka tunaikanlah dengan sepatutnya. lakukanlah dengan sebaiknya walaupun terkadang rasa sangat susah dan berat nak tempuh. itu semua ujian untuk kita. ingat. takde benda yang senang dalam dunia nie. even kadang-kadang korang makan pun penat nak kunyah. tapi apa yang korang buat adalah terus kunyah dan kunyah sampai makanan tu sempurna dikunyah dan ditelan. begitu juga lah yang sepatutnya kita yang bergelar student dan even yang dah bekerja nie perlu lakukan.
".....once you have begin it , make it last..."
-----
so last but not least , saya doakan kalian semua berjaya dunia akhirat dan semoga apa yang kalian kerjakan dia dunia ini mendapat keredhaan dan barakah daripada ALLAH. dan jangan pernah lupa , insan yang telah banyak berkorban untuk kita dapatkan kejayaan , IBU dan AYAH. make them proud of you and don't ever make them disappointed with the worst of you. even kadang korang terpaksa menipu diri sendiri , tapi ingat , membahagiakan kedua ibu bapa tu adalah tanggungjwab seorang anak. do it well , make it right. fi hifzillah semua :))
No comments:
Post a Comment
awak yang cute mute tu , tekan sini untuk komen :)