Pertama : ujian dari Allah
Kedua : ujian dari manusia walau hakikatnya datang dari Allah (exam final semester)
Kenapa kita di uji? Atau dalam bahasa skemanya, ada exam?
Kalau tak di uji, tak boleh ke?
Ok, sebelum masuk point pertama tu, aku suka masuk point kedua dulu sebab ia berlaku kepada semua yang bergelar pelajar. Tak kisahlah dia pelajar peringkat apa sekalipun. Hatta doktor falsafah (PhD) sekalipun ada exam.
Kenapa kita ada exam?
Jawapannya mudah je, untuk menguji sejauh mana keintelektualan kita. Atau dalam bahasa mudah, nak lihat kita faham atau tidak apa yang kita belajar.
Tetapi kena faham lagi satu konsep bahawa ilmu bukan terletak pada pointer atau keputusan exam, sebab ada yang masa exam hentam je, tetapi dapat A. Ada juga yang study separuh nyawa, tapi dapat C jugak.
Kenapa?
Sebab itulah kelemahan penilaian manusia. Kita sukar untuk menilai orang dengan tepat, tetapi hanya mampu menilai sekadar andaian atau hypothesis je.
Dan selepas dapat keputusan exam, sesiapa yang cemerlang akan dapat pergi ke peringkat yang seterusnya, sama ada masuk SBP (sekolah berasrama penuh) ke, atau matrikulasi ke, asasi ke, universiti ke dan lain-lain.
Kalau gagal?
Sama ada kita berhenti belajar, atau sambung belajar. Kita ada dua pilihan. Kalau berhenti belajar, mungkin boleh bekerja. Tetapi kalau malas bekerja? Jadilah penanam anggur yang setia di rumah.
Kalau sambung belajar, mungkin kita terpaksa ulang balik pengajian, atau sambung belajar di tempat lain dalam bidang yang lain.
Dengan erti kata lain, kita ada exam untuk membezakan antara orang yang pandai/bijak/genius/cerdik/etc dan kurang pandai (atau bahasa kasar bodoh/malas/etc)
Ha, point kedua ini secara tidak langsung akan berkaitan dengan point pertama, iaitu kenapa Allah uji kita.
Kenapa Allah uji kita?
Allah sendiri dah jawab di dalam al Quran,
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ (٢) وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
.Terjemahannya :
Adakah manusia menyangka, bahawa mereka akan dibiarkan, dengan hanya berkata: ‘Kami beriman’, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), Allah mengetahui, siapakah orang-orang yang benar-benar beriman, dan dapat diketahuiNya, tentang siapakah orang-orang yang berdusta.
(Surah al ankabut : 2 & 3)
Kita boleh bahagikan sebab ujian Allah kepada 3 bahagian,
1) Allah menguji sebab nak menaikkan darjat kita.
2) Allah menguji sebab nak mengampunkan dosa-dosa kita.
3) Allah menguji sebab nak hukum kita kerana dosa kita.
Jadi, apabila Allah menguji, manusia hanya ada dua pilihan ;
Sabar dan redha atau sebaliknya.
Jika kita sabar dan redha, maka Allah akan naikkan darjat kita di sisi-Nya. Darjat ini tidak nampak di mata, tetapi kesannya boleh lihat dengan mata.
Contohnya,
Jika orang tu sabar dan redha, korang akan lihat orang ini dia akan cool dan boleh uruskan masalah yang di alami dengan tenang dan tersusun. Muka dia pun akan sentiasa senyum je.
Macam mana nak sabar atau redha?
Aku ada tulis di sini
Tetapi kalau sebaliknya?
Kita juga ada dua pilihan jika terbuat yang sebaliknya (tak sabar dan lain-lain). Kalau terus tak sabar dan tak redha, maka korang sendiri akan nampak dia serba tak kena, cakap pun mencarut-carut je. Kemudian salahkan ramai orang. Lagi bahaya dia salahkan takdir.
Tetapi jika mula-mula dia tidak sabar, tetapi selepas beberapa ketika dia muhasabah diri semula, maka dia akan kembali ke pangkal jalan untuk mengurus ujian yang di hadapi dengan tersusun.
Dengan erti kata lain, Allah uji kita untuk membezakan antara orang yang betul-betul beriman dengan mulut, hati dan amal (termasuk orang yang sabar) dengan orang yang pandai cakap tentang beriman sahaja.
Bagaimana Allah uji kita?
Macam-macam cara Allah uji, bukan satu cara je. Boleh jadi Allah uji kita dengan penyakit, atau di tarik nikmat, atau dapat macam-macam masalah, atau kehilangan keluarga dan lain-lain.
Boleh jadi juga Allah uji kita dengan kekayaan, kesenangan, harta, pangkat, kecemerlangan exam, dan lain-lain.
Allah menguji kita melalui jalan yang tak di sangka-sangka.
Sama macam exam, kalau kita dah tahu soalan exam, itu bukan exam.
Jika di uji, apa yang kita kena buat?
Mahu atau tidak, kita kena kembali pada Allah. Banyakkan berdoa. Dekatkan diri pada Allah.
Ingat, jangan berdoa agar Allah menghilangkan ujian tu dari diri kita, tetapi berdoa agar Allah beri KEKUATAN untuk hadapi ujian tu. Allah tidak akan menguji apa yang kita tak mampu. Dan dalam masa yang sama, kita kena berusaha juga untuk selesaikan masalah yang di hadapi.
Itu beza orang Islam dengan bukan Islam,
Iaitu kita ada konsep “USAHA” dan “TAWAKAL”, manakala mereka hanya “USAHA” sahaja.
Kemudian, carilah sahabat-sahabat yang sama-sama menangis untuk bantu korang. Itulah antara fungsi sahabat, dan itulah sebabnya ukhuwwah Islamiyyah sangat di tekankan dalam Islam. Kita takkan bersendirian jika ada masalah, dan takkan forever alone kalau ada sahabat.
Dan last, selepas berjaya satu ujian maka bersedia untuk ujian yang seterusnya. Semakin sayang Allah kepada hamba-Nya, semakin banyak dan kuat ujian yang Allah berikan. Tetapi takutlah kalau hidup kita tak pernah di uji atau lama tak di uji oleh Allah.
Sebab apa?
Kemungkinan Allah murka dan sedang jauh dengan kita.
Naudzubillah.
No comments:
Post a Comment
awak yang cute mute tu , tekan sini untuk komen :)